Saturday, August 21, 2010

Wany :)

Post kalini khas tentang :
Norhazwany Hayatul Kamil

Inilah Wany,anak sepupu aku yang umur nya tua 3 tahun dari aku :)

Pada tanggal 13 disember 1989,seorang anak sepupu aku telah dilahirkan ke bumi.Dimana pada ketika ini,aku tak lahir pun lagi.Jadi..oleh kerana tersebut,aku takmau cakap yang dahulu kala,aku mau cakap yang selepas aku lahir punya cerita.Wany adalah antara anak sepupu aku yang ramai.Ini adalah begini kerana begitu dan begini..Tak tak,ini adalah begini kerana ibuku,adalah anak yang bongsu dalam kalangan adik beradiknya.Wany ni pulak adalah anak kepada Kak Ngah aku,dimana Kak Ngah aku adalah anak kedua Mak Long aku.Mak Long aku pulak adalah yang sulong sekali dalam kalangan adik beradiknya (kak long mak aku laaa senang cerita) komplikated tak?Ni baru sikit...hehehehe Jadi,oleh kerana aku anak ke-empat dalam keluarga,aku punya pangkat adalah Uda,maka Pak Uda lah pangkat aku dalam kalangan anak sepupu aku..Tapi anak-anak sepupu aku ni ada yang dah tua-tua,contohnya Iqbal,Mujahid,Faruqi,Wany,Shoqi dan Sepul,jadi yang tua-tua ni takde nye panggil aku pak uda..diorang pun lagi matang dan dewasa dari aku -.-"


Ini Wany bersama Kak Ngah,Uminya - dekat Putrajaya

Wany belajar dekat United Kingdom.Jadi adalah sangat susah nak jumpa dia..Baru baru ni,dia balik.So aku pun berasa gembira.Nak jadi cerita yang best,UNITEN tempat aku belajar sangattttt dekat dengan BTHO(Bandar Tun Hussein Onn) rumah Kak Ngah.Jadi aku boleh dikatakan beruntung sebab aku rasa,aku kerap di layan sejak Wany pulang ke Malaysia ni.Mula-mula dia datang dengan Sepul melawat aku kat UNITEN,lepas tu amik aku keluar pegi Alamanda.Mula-mulanya nak makan dekat situ2 je,tapi memandangkan UNITEN punya kafe sangat......ehem2 jadi tak jadi,maka kitorang pun amik keputusan keluar.Time kat dalam kereta,Wany memberi hadiah/buah tangan dari UK.Baju Kemeja Checkers Levi's Original warna merah.LAWAA & MAHAL gila baju tu.Jadi aku pun nangis terharu dalam kereta...hehehehe.



Inilah bajunya!Time ni aku tak tanggal tag harga lagi..Seronook sangatt

Pastu sampai alamanda,kitorang pegi makan dekat Nando's.Makan Ayam!Pastu sembang2 la hu-ha hu-ha dah lama tak jumpa.Abis makan wany belanja lagi makan Epal Besar..Haritu memang heavennn.Baru-baru ni jugak kak ngah ada buat makan-makan sikit sempenah hari jadi Yahdi Ali dan Yusoff.Jadi aku dan rakan-rakan pun pegilah makan,tapi dah malam sikit time tu.Kira kitorang sampai lambatla.Sebab mula2 tak plan pon nak pegi,tapi time tu beli barang dekat Econsave pulak untuk niaga Konvo..Tu yang pegi tu,alang-alang kan..Dah dekat..BENG aku makan banyak gila sampai nak duduk pun tak laaarat!Gila....Memang best,makan mee + nasi ayam + teh tarik + air sirap.Lepas tu masing-masing sakit perut xD Esoknya,aku ngan memember PPC MARA niaga dekat tapak konvo tu.Wany datang nak tengok gerai aku dan membeli sedikit bunga.Dia beli dua jenis bunga,taktau apa nama bunga tu,satu merah,satu kuning.Katanya yang merah tu nak bagi kat kak ngah kot.Lepas tu yang kuning tu dia nak jaga.Lepas tu dia kata murah sebab kat UK,bunga-bunga seumpama tersebut adalah sangat mahal.Hahaaa taktau la bunga tu hidup lagi ke tak tu?


Wany time lawat aku dan gerai konvo,aku tengah jilat sisa-sisa Big Apple yang wany bawak


Ini kejadian baru-baru ni,terjadi dekat rumah Kak Yong,Wany sangat memarahi aku kerana makan coklat banyak,kot

Baru-baru ni,Shoqi balik dari Mesir,balik cuti.Jadi time nak amik shoqi kat KLIA tu,Ngah sekeluarga bersama Wany amik aku kat UNITEN pegi sambut shoqi skali dekat KLIA.Dalam kereta,wany tengah mendodoi kan si Yahdi.Hahaha,adoi cara Yahdi tidur dalam kereta amatlah kelakar.Time shoqi turun,macam biasalah..Jejak kasih kan.Tangkap sana tangkap sini Vroooom pegi Shah Alam untuk iftar bersama-sama.Shah Alam adalah rumah kak yong aku,yang juga..aku sangat selalu ke sini :P Iftar tu makan mee rebus,lepas tu banyak la makanan tambahan yang dibeli dekat bazaar Ramadhan kan.Haritu pun aku makan sampai kenyang gilaaa gaban.Memang kenyang sampai nak duduk,baring dan melakukan apa-apa aktiviti jua tidak boleh.Tarawih pulak diimamkan oleh Abang Yong,mufti Selangor :P Habis je tarawih ape sumer aktiviti tu,tiba masa aktiviti memakan makanan sampingan,makan coklat,kacang-kacang dan ape jua makanan sampingan yang wujud,akan dimakan serta merta.Hahaaa time ni lah lensa kamera Uda di-snap dan dapat gambar di atas..Adoiiii,wany wan tak makan gelojoh2 dah pasni,jangan marah aaaa xD Balik tu Abang ngah hantar balik UNITEN,on the way balik tu kak ngah suruh berenti pulak nak belikan lauk untuk aku sebab wany bagitau suruh belikan apa-apa untuk aku untuk makan time sahur nanti (Kak ngah,kak yong dan wany memarahi aku kerana bersahur air kosong sahaja) Maka sahur aku dan rakan-rakan pagi tu,sup kambing,ikan ntah masak ntah,dan sambal pedas.Sedapp..Dah lama aku tak makan benda-benda selain ayam..Terutama kambing..Woo terima kasih Ngah,Yong,wany sumer..Dari iftar sampai sahur aku makan sedap-sedap.Tapi...23 ogos ni,hari isnin wany dah nak balik ke United Kingdom untuk sambung pembelajaran dia...Wooooo :'( jadi malam ni,aku akan iftar dekat BTHO,sempenah wany nak balik ni kan,kak ngah buat iftar dengan keluarga,saudara mara dekat rumah..Nanti petang wany amik aku.Aku rasa aku tidur sana kot nak sahur,kan :P

Edit :)

Iftar kat rumah wany.time iftar ni sebenarnye ada sedikit komplikasi buat diri aku sendiri..kerana time ni,rakSASER turut membuat program iftar jama'ie dekat SASER.jadi aku agak ralat la sebab tarikh dia bertindihkan,sumer memember turun..aku je antara yang tak turun.Tapi,iftar yang rumah kak ngah ni adalah WAJIB didatangi.COMPULSORY..Lagi ralat kalau tak datang yang ni.Menu pada hari itu adalah sangat sedap gila baban dan memang tak boleh hendak dinafikan lagi kesedapannya.Main menu haritu adalah Mee Jawa!Bayangkan mee jawa ni terlalu sedap sampai aku tak sempat makan langsung..bapak ahh sedih gila -.-" aku dapat makan nasi je aritu.nasi lauk gila lah..ikan siakap sweet sour,pastu tahu jepung,pastu banyak lagilah lauk dia kan.Semua best-best..Pastu ada la side dish yang best2.Antara yang paling ISTIMEWA.... adalah skewer!


Yang aku pegang(gaya cam mencuri..) tu,skewer namanya.Terdiri dari daging kambing,lembu dan juga ayam :)

Lepas tu,memang banyak gila laagi side dish yang lain.Pizza jiran ada..banyak lah.tak termakan aku sumernye.mee jawa tu aku sempat rasa kuah je xD pedas,tapi sedap sampai rasa nak nangis.Skewer tu makan sambil tengok Arsenal VS Blackpool.game ni mula2 syok.memang fight ah gak.tapi lepas tu referee tu buat satu keputusan tolol yang dodol.Jadi tak best..terus arsenal tibai blackpool 6-0 -.-" Tarawih malam ni sebenarnya buat kat rumah je.Tapi ramai sangatkan ahli keluarga,maka adala yang pegi semayang tarawih dekat surau berdekatan.Cerita kat surau ni..kelakar gak ni,time sampai tu,ada bebudak tengah main mercun kat tepi2 surau tu.Pastu aku dan shoqi,tedengarla diorang bebisik antara satu sama lain.. - Rakan A berkata pada rakan B "Weh,jomla masuk smayang,menghadap tuhan yang Maha Esa,tuhan yang satu!Marilah mendirikan tiang agama!" Lepas tu,rakan B reply kat rakan A "Alah rilek lah,bukan kita ponteng pun.Nanti tahayat akhir kita masuk la.." pastu aku dah tak dengar dah apa diorang cakap tapi aku terkekeh-kekeh gak kat situ.Adoii teringat zaman muda-muda aku ahahaha.Pastu bilal surau ni.memang agak tak bersemangat.bukan2.memang takde semangat kot aku rasa.layuuuu je aku semayang time tu.Balik pun rasa cam nak tidurr je dalam kereta tu.Nasib baik dibantu oleh slurpee + skewer,terus tak jadi tidur :P Malam tu,aku balik ke UNITEN gak..Cadangnye memang la nak tidur kat situ,tapi atas beberapa sebab vital yang tak boleh dielakkan,aku tak jadi tidur situ...Kira malam tu lastla aku jumpa wany.. :'( *air mata berlinangan* :P

23 AUGUST 2010
and so it came...

Tarikh keramat ni pun telah tiba..tarikh ni menandakan bahawa cuti wany di Malaysia berakhir.Tarikh ni wany balik Unaited Kindom balik..Flight wany adalah pada pukul 9 am,hari isnin tu dimana pada ketika ini aku ada kelas English ngan Kalkulus.adoii jadi aku pon tak boleh laa kan nak pegi hantar wany naik flight...Sambut pun tak,hantar pun tak.Elokk benarr -.-" Menurut sumber yang dah verified,wany dah selamat sampai ke UK *lama dah hehehe* jadi sumer rakyat tak perlu risau...

P/S:Aku akan kepilkan beberapa gambar farewell wany dalam post yang edited ni,sumer gambar ni aku amik dari anak sepupu aku,Uda(adik wany) jadi credits kepadanya dan DSLRnya heheh

Wany dengan umi beliau,Kak Ngah,tiada berlaku pertitisan air mata kat sini.Pelik jugak

Mak Long,tok(nenek) kepada wany dicium di pipi tanda kasih sayang seorang cucu beserta ucapan selamat tinggal hehehe

"Wany janganla tinggalkan abah..Abah sunyi sorang2 kat Malaysia..Umi garang.." heheh minta maaf abang ngah,jangan marah aaaa

Jejak kasih,Wany dan Kak Yong iaitu Mak Longnya. SENYUM SOKMO~

Mujahid,Wany dengan Sepul.Pukul 5 pagi.Tengok mata masing2 pun dah tau.Kelebaman yang takleh disangkal lagi

Wany : Alaa bucuk sayang,mai umi ngah cium mai
Yahdi : JANGAN CIUM SAYAAA..Saya tak rela
Hasanain : *dalam hati walaupun tersenyum* Berapa lama lagi aku nak pegang ni...

Wany dengan Uda,hasanain tangkap gambar.Hehe aku taktau kenapa gelap.

Senang cerita,durasi masa wany balik sebulan lebih ni ke Malaysia,aku rasa aku banyak dilayan dan dimanja dek anak sepupu aku ni.Akak aku cakap - 'Manja kau dengan kak wany kau ye' tanda jeles tak dapat iftar sama-sama dekat sini :P Terima kasih wany layan wan,terimaaa kasih banyak-banyak.Lepas ni wany selalu-selalu la pulang ke Malaysia, dan UNITEN yek :D

Norhazwany Hayatul Kamil,Coventry,United Kingdom

0 Komen Koman: