Assalamualaikum Wbt,
Di hari Raya Aidilfitri yang mulia ini,
Aku menyusun Dua Puluh Jari (Kaki dan tangan)
memohon ampun dan maaf sekiranya,
ada salah dan silap,
terpukul mana-mana,
tersalah bicara,
terpinjam TAK bayar..
Harap ampunkan,sesungguhnya aku manusia biasa :P
Ape-ape pun,aku mulakan post raya kalini dengan gambar yang cantik :)

Gambar raya Tahun ni,2010.Bersama keluarga Tersayang,Tercinta

Gambar raya kat UNITEN,bersama lecturer physics yang sangat gempak - Dr Woon
Cerita di hari raya aku,bermula dengan kepulangannye aku dari UNITEN ke rumah tercinta.Seperti biasa.rumah aku memang super,lawa,cantik dan berkilat dan baru2 ni,mak aku renovate lagi rumah..Mak aih..........Aku sampai haritu sesat,ingat salah rumah...Same la anak beranak aku,sepupu sepapat,sedara mara,pejabat mara sumer sesat datang rumah aku haritu.Tapi bukan ni sebenarnye topik sebenar untuk post raya kali ni.Topik untuk post kali ni adalah lebih kepada muhasabah diri..
Keinsafan di hari raya....
Hari raya ni,sebenarnye aku ada banyak benda yang aku lihat,tengok,kaji dan benda2 tu sumer kalau dilihat dari perspektif yang positif dan sebetulnya,akan membawa kita kepada yang Maha pencipta...Aku punya raya tahun ni,taklah semeriah tahun2 yang dulu.Tahun2 yang dulu jauh lebih meriah dari tahun ni.Ini kerana,tahun ni aku beraya kat rumah je.Pasal mak aku terpaksa menunaikan tanggungjawabnye.Jadi takkan kitorang nak tinggalkan mak kitorang kan kan?Jadi raya pertama dan kedua kitorang raya kat sini je.Ini first,sebab bagi aku,kalau kitorang balik kampung awal pun pada hari raya yang 1st ngan 2nd ni pun,takkan jadi syok pasal,time ni kat kampung,keluarga BESAR aku menghadapi konflik dan..Private and Confidential.cumanya aku agak bersyukur pasal aku dan keluarga takdek kat situ time tu.Raya kat sini memang agak sesak.Semayang raya,aku semayang atas tangga je.nyaris nak tegolek pasal badan berat..kalau tegolek time tu..memang akula rakyat paling malu diatas muka bumi ni.Tapi memang ramai gila orang sampai siap ada orang takleh semayang tuu.Tapi berkat,pasal hujan renyai2 time tu.Bayangkan,aku raya pertama tu,lepas semayang raya,memang lepak kat rumah je tak buat ape2 langsung.Lepas zohor tidur sampai Asar.Memang langsung takde spirit raya tahun ni.Lepas tu malam tu baru kitorang sekeluarga pegi rumah Mak Long,dan disini,aku dapat duit raya first aku :) Raya kedua lagi la boring.Satu hari tu tak buat ape2 pun,memang duduk rumah je memakan rendang yang sedap sambil membesarkan ape yang boleh dibesarkan..
Raya ketiga,aku sekeluarga bertolak pulang ke kampung.Time ni,memang banyak pengajaran.Biasalah,jalanraya dikala raya memang banyak hantu raya kan.Apa yang aku nak cakap disini adalah,eksiden yang terlaluuuuuuuuuuu banyak berlaku.On the way aku balik kampung je,dah ada TIGA eksiden yang berlaku.DUA daripadanya berlaku depan mata aku LIVE.Aku ulang lagi sekali,LIVE!Aku nampak,dengar dan dapat tengok ape result daripada kemalangan tersebut.Kemalangan pertama melibatkan empat kereta,kereta 1st menghentam kereta 2nd dan seterusnya lah kan.Dan aku taktau la ape akibatnye kat pemandu2 dan penumpang dalam kereta2 tersebut.Tapi yang penting,kereta diorang memang dah takde rupe kereta.Bonet tercabut.Enjin terbang.Side mirror fly.Hood terlanjur ke kereta yang lain.Memang teruk lah keadaan kereta-kereta beliau itu.Eksiden 2nd pulak,yang ni lagi super gila ganas punyalah.Eksiden paling hardcore aku penah tengok.Kereta ni datang dari arah bertentangan ngan aku tapi punyalah laju dia bawak..Sampai sebelah aku,aku taktau ape jadi kat dia,tayar dia skid lepas tu dia terpusing 360 darjah dari kedudukan dia sebanyak 3 kali.TIGA KALI TU.Aku taktau orang tu hidup atau pun tidak.Tapi kalau pikir secara lojik akal dan melihat kepada cara kereta tu terpusing-pusing,memang tak hidup pemandu tu aku rasa.Wallahua'lam.
Apa yang aku nak kongsikan kat sini,apa2 pun yang kita buat,kita kenalah bertawakkal kepada Allah Swt.Kita hidup di dunia ni tak lama.Dah cukup ke amal ibadat kita untuk kita bawak ke Akhirat kelak?Kita pun taktau bila hisab nanti,akan berat ke dosa ke,pahala ke.Tapi ape yang aku tau,kita yang masih bernafas ni,masih punya masa untuk bertaubat.Bukan untuk memberi tazkirah,tapi bak kata Malique dan Johan dalam Alhamdulillah - Cuba membetuli diri jua..Bila aku tengok dan aku kaji,aku terasa sedikit tergerak untuk berubah kepada lebih baik.Walaupun mungkin perasaan tu memang sikit gila dan mungkin bertahan selama 1-2 hari je kan,tapi okeyla tu dari takde langsung,kan?Dan on the spot aku terus teringatt kat lagu Thank You Allah - Maher Zain.Kerana ape?Sebab aku bersyukur sangat-sangat,Allah masih menyimpan aku di dunia-Nya.Masih memberi masa untuk aku kembali kepada-Nya.Masih membuka peluang untuk aku bertaubat.Alhamdulillah...Thank You Allah

0 Komen Koman:
Post a Comment