Saturday, December 25, 2010

Ceriterara I


Assalamualaikum wbt,


gambar hiasan,takde kena mengena dengan ceritera di bawah


Satu pagi jumaat yang indah,ada sorang budak nama dia Abdul.Abdul mempunyai satu tabiat yang tak elok,iaitu suka meninggalkan solat subuh dan jarang-jarang berusaha untuk membaiki kehidupan sehari hari die untuk menjadi lebih baik.Jadi pada pagi jumaat tu,macam biasa dia dengan aktiviti tetap beliau,tak bangun semayang subuh.pastu dia bangun dalam pukul 11 camtu terus carik makanan.senang cerita abdul ni memang taik gila lah.ada ke patut dia bangun2 je dari katil dia,terus menjerit - 'YEAHHHH AKU TINGGAL SUBUH LAGIIII!!AKU AHLI NERAKA YEAHH!!' Oh,lupa nak cakap,abdul ni seorang bodoh yang lurus bendoh.perangai beliau ni mirip kanak2 yang beribu bapakan orang kaya yang di spoill kan ibu bapa mereka.tapi sbnarnye tidak,abdul ni sbnarnye seorang yang keliru dengan kehidupan dia sendiri.dia tak banyak pun accomplish things dalam hidup dia walaupun dah berumur 18 tahun.kalau kita tengok Tupac Amaru Shakur,beliau dah accomplish benda2 yang sepatutnye berumur 60++ tahun pada umur 22 tahun tak silap aku.walaupun cara beliau salah,tapi still dia accomplish benda tu.dia nampak dan dia tau ape perlu dibuat - one way or another.Dgn kedodolan abdul ni,beliau sering merasakan inferiority complex dalam diri dia sndiri.tp secara kesimpulannye,abdul ni memang dodol lah senang cerita.pastu lepas makan,dia siap2 lah nak pegi semayang jumaat..ceceh,subuh lepas,jumaat tau pulak nak pegi.Pastu dia pun pegila semayang jumaat...

Abdul men deraiv mutor agung bernama Roti Xenon Zedapp warna merah.dia sayang gilaaa lah kat mutor ni.macam sayang diri sendiri.senang cerita mutor dia yang diberi nama 'mappaa' ni memang disayangi tahap gila baban lah kan.pastu dia pun pegi la semayang jumaat..Habis semayang,dia pegi kat mutor dia,dia rasa pelik pasal kick starter tebukak.Cek punya cek.. "KARBURETOR AKU HILANGG WUAAAAAAAAAAAA" dia melalak kepada pak imam di sebelahnye.manakala pak imam tersebut pun serta merta memberi satu lempangan hebat kepada si abdul ni tadi.PENG! bersepai beliau punya hidung.tekeluar apa2 yang patut such as GLSTTMF v2.114 (Greenish Liquified Stickified To The Max Fluid) atau dalam bahasa melayu dia,hingus.Pastu tekeluar jugak SFMN sp. (Shit From Mah Nose) atau lebih dikenali sebagai tahi hidong - sejenis reptilia ganas yang membesar dengan gah dan megah serta rakus nye di dalam rongga-rongga hidung sekalian homo sapien.passtu si abdul ni pun sedih2 la kan kat situ selepas hati kekasih dia kena curik,pastu dapat pelempang maut punya dek pak imam kan.pastu muncul kawan abdul ni punya baik hati nama dia KA (Kurang Abdul).kurang abdul ni pun tolong si abdul ni tunda mutor.tunda punya tunda,baiki punya baiki,setel masalah..dengan harga RM300.

Pastu abdul balik rumah..Kat rumah abdul ni tak terkata lah kan,beliau seakan-akan terkesima.bukan2.beliau memang terkesima baik punya lah.pastu beliau pun men-decide untuk pergi meluangkan masa yang terluang itu untuk dibuang di Shah Alam,Seksyen 15.Baruuu je nak pegi,muncul kawan abdul ni lagi sorang iaitu - LA (Lebih Abdul). LA ni dia pun mengadu lahhh pada si abdul bahawa dia kehilangan sehelai sapu tangan berharga dan juga penyepit baju.pastu dia orang pun pegi buat report polis.buat punya buat,setel..keluar daripada balai polis...Abdul sekali lagi membuktikan kedodolan beliau dengan melanggar sebuah kereta lembu.. BENGGGG! tergolek,terkerepes,terkelooloi,terkantol,terdodol,terkelepek wek wek,ter..memang banyak lah ter dia kan. pastu vroooom...keluar lagi RM100..abdul pun berasa tensen yang amat sangat.Abdul kehilangan banyak sangat pada hari itu...Dalam masa lapan jam,abdul kehilangan Karburetor,Footrest,wiring dalaman,lining tayar dan macam2 lagi lah komplikasi termasuk lah sekarang ni,abdul adalah seorang Pendekar Tangan Tunggal..tapi dengan berlakunye kejadian ni,abdul sedar satu perkara - Kita hanya merancang,Allah yang menentukan. Dan jika itulah yang ditentukan untuk kita,maka jadilah ia. Tak perlu tunggu kita nak sain kontrak ke berapa taun benda tu nak jadi ke ape ke takde. Kalau Tuhan kata jadi,maka jadilah ia. Abdul redha,walaupun dia berasa sedih dan kecewa. Jadi malam tu dia balik tengok cerita adamaya. Dari pukul 11 malam,sampai dua petang esok nye dia tak tidur. Terel kan abdul ni?

0 Komen Koman: