Tuesday, March 8, 2011

Adoilaaaaa!

Assalamualaikum,
Helo helo de milo,
Sawadekap ikan siakap,

'Adoilaaaaaa!' adalah tajuk post pada kali ini. pasti ramai yg tertanya tanya, kenapa adoi?(bajet je ramai :P) aku pilih tajuk adoi kerana, adoi membawa banyak maksud negatif.tp bukanla bermakna aku sukakan negatif,tp kerana aku ni bersifat positif,sbab tu tertarik ngan negatif..dah lumrah magnet nak buat macamana kan?hehe :P adoi ini aku tuju khas kepada bermulanya Trisem 3.adoiiiiii sem 3 sem 3. kenapala kau sem 3.ishhhhhhhhhhhhhhhhhhh.ok ini adalah disebab kan,banyak perkara yg tak best berlaku di uniten ni berbanding perkara best.tp bukan semuanya tak best,ada jugak perkara yg best berlaku,dn perkara best yg berlaku tu adalah mmg best gila.best yg best best tersuper best hehe.tp still takleh membendung ketidak-best-an perkara yg tak best ni.so biar aku cerita seketul-seketul apekah perkara yg tidak best tersebut...

1)Keadaan aku sendiri.setart sem 3 ni,haha aku takde lonjakan saujana adoii.aku menjadi malas,hehe walaupun tu mmg lumrah aku,tp malas aku yg ni mmg takleh nak dibendung o.O lg teruk dr sem 2.lebih kurang teruk time sem 1.haha pastu skang ni aku dah mula membaca balik one-piece dari episod satu.soo...mmg adoiii!aku tak study,aku baca komik.aku tidur lambat,aku baca komik.aku bangun lambat dan terlepas subuh,kerana aku baca komik dan tak study!tolonggggg :( *tp baru2 ni ada perubahan,kerana perkara yg best tu lah hehe*

2)Ter-installnye prepaid meter.hai rakan rakan,korang tau tak ape itu prepaid meter?prepaid meter adalah satu benda natang taik beruk yg telah di install di rumah sumer rakyat uniten.prepaid meter ni adalah benda yg membuatkan kita orang,pelajar UNITEN <--- tgk nih,UNITEN OKAY!TENAGA NASIONAL BERHAD POWERED punya UNIVERISITI! tp kitorang stil kena bayar letrik.wargh kah kah kah.woooo *ekspresi gelak sambil nangis,bayangkan* mmg adoiiiiiiiilahhhhh.tariff dia mmg paling adoi,tariff dia adalah sbnyk RM0.397/kwh. hahahahahah memanggg laa taik betul..rumah2 kat uniten ni kebanyakkannye ade kipas,lampu dan water heater,dan kadang2 ada peti ais ngan induction cooker.member aku yg rumah dia hanya ada item 3 yg pertama,telah mendapat 'judgement' RM1.80 sehari.dgn hanya menggunakan 3 item pertama tersebut.WARGH HGAHGHAKGAHKASK!!! rasa cam nak pelempang je seseorang.tp taktau nak lempang sape.hadoiii laaaa!

3)UNITEN ni terisi dengan ramai rakyat gila yg suka mencuri-mendengki-natang-betul.ok cerita pasal benda ni jadi time sem 2 lagi.adoii.kepada yg taktau,kekasih aku punya hati haritu kena curi.memakan kos RM275.lepas tu,time final exam sem 2 haritu,kekasih kedua aku,KHI kena curik,memakan kos RM90.memang taikk ahh.pastu baru2 ni,aku pegi kelas,park kat basement IKAL(Insititut Kejian Liberel) so aku pun parkla kat situ kan,pastu aku gi ah kelas.kelas memakan masa dari pukul 9am-12pm.so 3 jam la kiranya.pastu aku turun ah,nak gi makan an,sebab ada rehat dalam 2 jam sebelum kelas ISLF101 bermula.aaaaaku turun jeeeee,aku tengok aku punya kekasih punya tangan kanan,telah terkulai layu tanpa tenaga.ADOIIII HANTUU BETULLLLLLLLLL!wooooo sedihnye aku.kesiannye kekasih aku.adoilaa apekah salah beliau hingga dibuat sedemikian rupa?adoii aku taktaula samada ni kes khianat ke dengki ke salah sendiri ke ape ke itu ke ini ke,tp aku mmg sedih dan kuat mengatakan bahawa ada orang dengki adoii.itu taktau la pulak memakan kos berapa puluh hingggit pulak tu..adoi,tayar belak tak repair lagi T_T tolongggg sape nak bagi duit sms aku nanti aku bg nombor ekaun :)

4)Keadaan yg huru hara,okay ni boleh konsider general topik ah.keadaan yg huru hara ni aku applykan ke rumah aku.hahahahah rumah aku mmg huru hara hiri horo semua ada.applykan 'AEIOU' disitu.haha,sejak start je sem 3,tak penah kemas rumah hihi.mmg mcm tongkang pecah.silap,mmg macam bukan tongkang dah pun,mcm...entah susah nak diskeraib.korang fikirlah sendiri.pastu keadaan yg huru hara yg 2nd ni adalah keadaan memember aku.adoi semalam time aku tgh syok2 main dota,terjadinye satu perkara yg serius la jugak.tp aku takmaula cerita pasal ni mmg serius gila.melibatkan banyak perkara dan pihak.tp ape yg aku nak ckp kat sini,'kalau betulla memang kau yg buat dan kau buat kat *** macam tu,dan apa2 jadi kat ***,mmg kaula manusia paling hantu penah aku jumpa dan aku boleh jamin,kitorang bebudak PPC akan pastikan kau lunyai' aku tak memihak kepada mana2 pihak,aku hanya memihak kepada member yg benar.

Okay,rasa cam ni lah 4 perkara tak best yg major yg berlaku skang ni.So,aku nak cakap terima kasih dekat caretaker aku yg telah berusaha bersungguh sungguh utk memastikan aku tidur awal dan bangun subuh!dan memastikan aku membeli jam loceng,dan memastikan aku tak baca komik,dan menjaga aku punya jadual *tp yg hujung minggu je baca one-piece itu,sorry cant do :P* so inila satu2nye perkara yg aku rasa cam best jadi kat sem 3 ni.dn perkara ni mmg best gila bg aku.Oh dan dan,permohonan utk dota diselitkan dalam jadual telah diluluskan.hihi.hari ni dah masuk hari ke-4 aku pegi subuh di surau dlm durasi 6 hari.FUIYOOO!bukan nak belagak,ni utk tatapan bersama :) Terima kasihhhh penjagakuuuuu,sesungguhnye pengorbananmu dan pertolonganmu amatku hargai hihi.

P/S:gigiku teramatlahhh sakitttttttttt.nak makan pun susah.tolongg adoii!<--- ni boleh konsider satu benda tak best gak ni,sebab memang sakit gila!

Gambar2 di bawah adalah gambar yg dipetik dari album Baihaqi,anak sepupuku yg aku sayang,ketika Loqman,juga anak sepupuku yg kusayang masuk asrama :)


haha,inilah anak sepupuku yg aku sayang,loqman.beliau tgh bersedih sbab kena masuk asrama hahaha


loqman sedang ditarbiyah oleh tokciknye,iaitu ayahku haha muka diaaa hahah


Ingatla pesanan tokcik, make us proud!


Loqman dan aku di depan infrastruktur skolah.heahhaaha


Rempit dengan gaya satu malaysia.hahah,yg gaya tu pon boleh masuk 'adoiii' gak tu :)



0 Komen Koman: