Nak cerita apa ni? Ok2, mai aku cerita pasal ape yg jadi baru2 ni noh. Hmm nak kata camner eh. Boleh kata minggu ni penuh jugak la dengan ketaikkan tp mahupun begitu mcm biasa lah kan, dalam ketaikkan mesti ada terselit sedikit sebanyak nutrisi nutrisi sihat yg tak sempat di hadam oleh large mahupun medium serta small intestine.. (ada ke?) Ok, minggu ni aku rasa emosi dalam keadaan yg tak setabil. aku emo hahaha. banyak perkara yg membuat aku emo minggu ni. pehh aku boleh 'emo' siot. rasa cam tak pecaya aku emo -.-" ok2 bukan nak belagak bajet bagus tak pernah rasa emo konon2 power ape2 macam taik kan. tp aku memang selalunye boleh mengawal ke-emo-an aku dan jarang2 skali aku gagal. *note : emo bagi terma aku adalah tidak sama ngan marah, marah lain emo lain* aku jarang2 ah nak touching ni woooo. tp minggu ni aku touching. -.-"
Segalanya bermula dengan kes 'pengHALAUan' aku dari kelas ENGF103 oleh Ms Evelyn Yeap. Ok,ni memang bukan salah sesape, memang salah aku. aku dihalau dari kelas english sebab aku datang lambat ke kelas.tp aku rasa takdela lambat sgt,dalam 15 min je aku rasa*biasa aku datang lambat takde pape * tp haritu nak jadi cerita kan.hadoii.tp ada orang kata yg aku terdengar ms eve kata aku datang lambat setengah jam? tp aku rasa yg ye-nye adalah ms eve pun emo gak time tu. aku rasa ms eve ada mengalami masalah dalaman perempuan iaitu pbsm pada hari tersebut..jadi aku pun dihalau..direct lepas aku kena halau aku keluar aku terus chow balik amanah tidur :D <-- aku suka part ni*antara nutrisi yg tetinggal* pastu bangun ada orang msg 'kat mana?' dan aku terus rasa terharu,ada jugak orang yg care pasal aku :') tpppp!sabar dulu brader..taik dia tak abis kat situ je..pastu jadi cerita beberapa malam lepas tu*satu malam je haha* aku pegi upten..nak makan la kirenye ni.pastu aku ternampak si ana ngan pah. aku pergila nak bertegur sapa, pastuuuuu pah cakap dengan muka serius gila babi dan tunjuk kat kedua dua kerusi yg free tu - 'Ada orang, ada orang' tak senyum langsung. aku rasa mcm...... nasib baik angin tu tak naik sampai ke level mencarut je si pah oi -.- kalau tak sudah di maki hamunkan kau di situ. pastu aku pun kerana tak sampai level mencarut, aku patah balik dengan hiba,touching.haihhh apela punye minggu.
Lepas tu,pemenang anugerah event paling taik adalah - elaun saradiri aku tak masuk2 lagi.untuk bulan 3 dan bulan 4. **** aku dah kering nak mampus ni tp cek mara tak sampai2 lagi.adoiii tolonglahhhhhhhhhhh kau orang ni sumer mengesyorkan aku untuk kurus ke? aduiihh aku dahla memang dah kurus dan hemsem.. dan kalau ye pun kau orang nak aku kurus bukan ngan cara cengginiiiiii! tp dengan terjadinye perkara ni barula aku nampak nutrisi2 yg kelihatan.. time aku takde duit tu, aku tak makan lagi, pastu aku terima mesej malam tu bunyi cenggini - 'ni dah makan belum?ada duit tak?' menusuk aku punya jantung dan medula oblongata. terharu gila :) terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak kerana care
Pastu ada lg beberapa perkara yg lain..yg besar yg membuatkan aku berkecut perut dan berkecil hati.tp apa nak buat kan,memang salah aku tak dengar cakap.so aku lah yang terima padahnye..maaflah,bukan sengaje takmau dengar cakap..
Tapi ape2 pun,disini aku ingin memperomotkan satu event besar besaran yang akan berlangsung di UNITEN tak lama lagi iaitu :
KARNIVAL SUKAN ANAK2 YATIM ******

Yang aku censoredkan tu adalah dua perkataan yang aku tak berapa gemar so aku takmau letak kat blog aku.event ni akan berlangsung di UNITEN bangi, so aku disini ingin menjemput semua memember aku di luar sana, PALAMese KMBians IIUMans..? dan semua rakyat jelata yang baca blog ni ah,di jemput datang ke event ni :) gerenti korang tak lapar pasal aku adalah Bureau Of Enterpreunership. So bila ketua niaga pun dah gemuk, korang apa lagi, gemuk, gendut, gedempol la jawabnye.. Di bawah adalah butiran yang penting berkenaan event ni,datang ye :D
Tempat : UNITEN Kampus Putrajaya
Tarikh : 9 April 2011
Masa : Ntah aku tak pasti, 8 pagi?
Untuk informasi yang terlebih lanjut dan melanjutkan usia masing-masing,sila layari :
atau

0 Komen Koman:
Post a Comment